frequently asked question
Sila baca F.A.Q di bawah sebelum membuat tempahan.
Soalan 1:
Adakah saya boleh datang ke studio secara walk-in?
TIDAK. Studio kami tidak membuat perkhidmatan fotografi secara ‘walk-in’. Semua urusan perkhidmatan kami adalah secara temujanji (booking). Ini adalah kerana studio kami tidak dibuka secara sepenuh masa. Sila hubungi kami terlebih dahulu sebelum hadir ke studio kami.
Soalan 2:
Adakah saya perlu membuat sebarang tempahan awal @ tempahan slot sesi fotografi?
YA. Anda perlu membuat tempahan awal melalui website ini bagi mendapatkan slot sesi fotografi. Ini adalah penting bagi mengelakkan wujudnya pertembungan waktu sesi bergambar.
Soalan 3:
Adakah sebarang pembayaran yang perlu dibuat bagi mendapatkan tempahan awal @ tempahan slot sesi fotografi?
YA. Kos pembayaran tempahan (deposit) sebanyak RM50 diperlukan ketika tempahan dibuat. Tempahan hanyalah sah dibuat melalui website IzwanIsaac.com ini sahaja. Sebarang tempahan menerusi panggilan telefon ataupun Whatsapp tidak akan dilayan bagi mengelakkan masalah tempahan.
Desposit ini tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan tarikh fotografi dibuat oleh pihak pelanggan sendiri.
Soalan 4:
Bilakah waktu yang sesuai untuk saya dan keluarga hadir ke studio?
Anda dan keluarga disarankan untuk hadir ke studio kami 10-15 minit lebih awal daripada waktu tempahan. Ini bagi membolehkan pihak anda (terutama anak kecil) untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di studio.
Kegagalan anda untuk hadir tepat pada waktu tempahan akan menyebabkan pertindihan masa dengan pelanggan lain dan kami terpaksa memberhentikan sesi bergambar anda tepat pada masanya.
Soalan 5:
Bolehkah kami menyalin pakaian & bersiap di studio?
Semestinya BOLEH!!. Studio kami menyediakan ruangan bilik dan cermin untuk anda menyalin pakaian dan berdandan. Namun, harus diingatkan bahawa anda perlu hadir lebih awal daripada waktu tempahan dan siap berdandan sebelum waktu fotografi bermula bagi mengelakkan masalah di Soalan 4.
Soalan 6:
Saya tiada pengalaman bergambar di studio dan tidak pandai ber'posing'. Macam mana ya?
Jangan risau. Sesi fotografi akan dikendalikan oleh jurugambar berpengalaman. Anda akan dibimbing cara ber’posing’ sehingga bakat bergambar anda akan muncul secara tiba-tiba!
Soalan 7:
Saya pernah mengalami sejarah buruk dengan studio lain, seperti tak dapat tengok hasil gambar yang diambil ketika bergambar, tudung tak on-point, mata tertutup. Macam mana ya?
Jangan risau. Studio kami dilengkapi dengan teknologi terkini. Anda boleh membuat Quality Control (QC) pada gambar anda sejurus gambar anda diambil. Kami akan menyediakan iPad bagi anda meneliti setiap satu gambar agar anda berpuas hati dengan SEMUA gambar yang diambil.
Soalan 8:
Anak saya kuat meragam dan tidak boleh fokus terlalu lama. Saya risau tempoh waktu fotografi tidak cukup. Macam mana ya?
Sekiranya anda mempunyai masalah ini, pertama sekali anda perlu buat adalah memaklumkan perkara tersebut kepada kami. Melalui pengamalan-pengalaman kami sebelum ini, apa yang kami sarankan adalah selesaikan dahulu urusan bergambar bersama mereka, disusuli dengan bergambar tanpa mereka.
Suka kami sarankan untuk pastikan anak anda cukup rehat, makan @ susu sebelum hadir ke studio. Jangan lupa mainan kegemaran mereka untuk menarik perhatian pandangan mereka semasa bergambar.
Soalan 9:
Berapakah jumlah gambar yang akan saya terima untuk setiap satu (1) sesi bergambar?
Anda akan menerima tidak kurang 50 shot gambar bagi setiap sesi (kebiasaannya 70 – 100 shot). Namun begitu, jumlah gambar adalah berbeza mengikut pakej yang diambil dan komitmen anda & ahli keluarga ketika bergambar.
Soalan 10:
Adakah semua gambar saya akan di'edit'?
Kami hanya akan memberikan gambar SOOC (straigt out of camera) ataupun RAW kepada pelanggan. Hanya gambar yang dipilih untuk dicetak sahaja akan dibuat ‘basic retouch’
Soalan 11:
Berapa lamakah tempoh masa yang perlu ditunggu untuk saya menerima gambar softcopy?
Gambar SOOC akan diterima seawal keesokan harinya selepas sesi bergambar menerusi aplikasi atas talian GoogleDrive. Namun begitu, anda boleh juga membawa pendrive sendiri (pastikan berkapasiti minima 16gb) sekiranya inginkan gambar terus sejurus selesai sesi bergambar.